عَنِ الْعَلاَءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ اَبِيْهِ قَالَ : سَاَلْتُ اَبَا سَعِيْدٍ عَنِ اْلاِزَارِ فَقَالَ : أخْبِرُكَ بِعِلْمٍ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ :اِزَارَةُ الْمُؤْمِن اِلَى نِصْفِ السَّاقَيْنِ ، وَلاَ جُنَاحَ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْكَعْبَيْنِ . فَمَااَسْفَلَ مِنْ ذَلِكَ فَفِى النَّارِ ، لاَ يَنْظُرُ اللهُ اِلَى مَنْ جَرَّ اِزَارَهُ بَطرًا.
“Dari ‘Ala bin Abdulrahman dari bapanya berkata: Aku bertanya kepada Abu Saied tentang kain (pakaian). Maka beliau berkata: Aku khabarkan dengan ilmu, aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Pakaian seorang mukmin sehingga pertengahan dua betis. Tidak mengapa di antara betis dan maka kaki. Maka apa yang di bawah mata kaki maka dia di neraka, Allah tidak melihat orang yang melabuhkan pakaiannya dengan megah (sombong)”.
Rujukan:
(1) Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya jld. 4/303. No. 4093.
(2) Ibn Majah 2/1183. No. 3573.
(3) Malik dalam Mu’ta hlm. 914-915.
(4) Ahmad dalam Musnad jld.2. No. 6, 31, 44, 52 dan 97.
(5) Ibn Abi Syaibah dalam Musanaf 8/244.
(6) Al-Humaidi dalam Musnadnya 2/323. No. 737.
(7) Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra 2/244. Dan al-Bagawi dalam
Syarah as-Sunnah 12/12.
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : مَرَرْتُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِى اِزَارِيْ اسْتِرْخَاءٌ . فَقَالَ : يَا عَبْدَ اللهِ ، اِرْفَعْ اِزَارَكَ . فَرَفَعْتُهُ . ثُمَّ قَالَ : زِدْ ! فَزِدْتُ ، فَمَازِلْتُ اَتَحَرَّاهَا بَعْدُ ، فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ اِلَى اَيْنَ ؟ فَقَالَ : نِصْفُ السَا قَيْنِ.
“Dari Abdullah bin Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Aku pernah melintas (di hadapan) Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dengan mengenakan pakaian labuh. Maka baginda bersabda: Wahai Abdullah! Naikkan/ tinggikan kainmu. Maka aku menaikkannya. Baginda bersabda lagi: Tambahkan (naikkan) lagi. Maka aku tambah lagi. Kemudian saya terus tidak meninggalkan cara berpakaian yang seperti selepas itu. Beberapa kaum yang bersama bertanya: Sampai ke paras mana? Baginda bersabda lagi: Pertengahan betis”
(Hadis Riwayat Muslim dalam Sahihnya, 3/1650, No. 2086. Imam Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. 2/43)
Posted in: TAHUKAH ANDA?
0 comments:
Post a Comment