About

Thursday, 1 December 2011

::QUDWAH ALHASANAH::TINTA TAMSIL PENYUBUR BIAH SOLEHAH::: Merokok halal?

Merokok halal?



Biar btol merokok halal? Sebagai penulis, saya yakin dan percaya bahawasanya sangat ramai orang yang dah tahu bahawasanya merokok tu banyak mudharatnya samada dari segi kesihatan, kewangan dan sebagainya. So, camne plak bleh timbul cakap2 org yg mengatakan rokok tu halal? Saya bukanlah dari kalangan orang yang alim untuk memberi pandangan dalam membincangkan isu ini. Oleh itu, moh kite sume baca ape pandangan ilmuan Islam tentang hukum merokok ni:
1) Dr. Yusuf al-Qardawi di dalam Fatwa Muasirah berkata, "Dari penjelasan yang diberikan, saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali. Malah, pendapat sebegitu boleh dianggap salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum: makruh ataupun haram. Berdasarkan kajian terkini, penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya".

2) "...Memandangkan bahaya yang berpunca daripada tembakau, maka merokok diputuskan sebagai haram..." Sheikh Abdul Aziz Abdullah bin Bazz, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Akademi Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi.

3) "...Kami berpendapat haram merokok, mengimportnya, mengeluarkannya, dan menjalankan perniagaan di dalamnya..." Ulama Al-Azhar Lujnah fatwa di Al-Azhar mengeluarkan fatwa mengenai menghisap rokok (ad-dukhan).

4) "...menghisap rokok adalah haram dalam Islam..." Fatwa oleh Bekas Mufti Mesir, Dr. Nasr Farid Wasil

5) "...Adalah cukup jelas, lambat laun merokok dalam bentuk dan tujuan apapun akan merosakkan kesihatan dan merugikan wang perokok. Ia juga menjadi punca pelbagai penyakit. Justeru, berasaskan bukti berkenaan, merokok mestilah diharamkan..." Sheikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Imam Besar Masjid Al-Azhar.

Sesungguhnya Islam telah menetapkan bahawa tidak boleh melakukan dhorar(memudharatkan orang lain) dan dhiror(membalas perbuatan orang lain dengan kemudharatan). Kajian sains dan perubatan semasa telah membuktikan merokok banyak membawa kesan negatif kepada perokok dan mereka yang berada di sekeliling perokok tersebut.


Artikel diperoleh daripada pamflet terbitan 
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan kerjasama
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

0 comments:

Post a Comment