About

Tuesday, 29 November 2011

APA ITU DOA?

Doa merupakan tanda pergantungan, pengharapan dan permohonan seorang hamba kepada allah swt. Dalam islam, doa dipohon hanya kepada allah kerana dia-lah yang maha agung, tiada yang lain yang boleh menerima apa yang dipohon, dihajat dan didambakan.
Doa banyak disebut dalam al-quran dan masing-masing mempunyai makna yang tertentu. Menurut ibn manzur, doa bermaksud ‘memohon pertolongan dan perlindungan’ (al-istighathah).mengikut kamus dewan inggeris-melayu – ‘pray’ atau ‘say prayer’ – ‘performset ritual’ dengan kata conioh, “i’ll pray for your safe return.”
Doa juga simbolik kepada jalinan yang hebat menghubungkan hamba dengan tuhan.itulah tanda pengabdian diri yang mutlak dan pengiktirafan hamba. Dalam ayat ke-5 surah al-fatihah, allah swt berfirman yang bermaksud: “engkau-lah sahaja yang kami sembah dan kepada engkau-lah sahaja kami memohon pertolongan.”
Dengan itu, sungguh tidak layak bagi kita untuk memohon kepada yang lain daripada allah swt kerana perbuatan meminta atau berdoa selain daripada allah itu adalah syirik – menyukutukan allah. Juga elakkan berdoa kepada sesuatu yang mungkar dan maksiat yang terkeluar daripada syariat islamDiingatkan juga, doa merupakan tanda ibadah dan pengabdian diri kepada allah swtkerana memohon kepada allah swt adalah pengiktirafan bahawa hanya allah yang maha berkuasa memenuhi segala hajat manusia.
Namun begitu memohon sesuatu perkara itu perlu diiringi dengan usaha. Dalam fitrah kejadian dunia dan isinya serta hubungan sesama makhluk menghendaki agar adanya usaha di samping berdoa untuk memohon sesuatu perkara itu menjadi kenyataan.
Kesimpulannya, permohonan kepada allah hendaklah disertai dengan ikhtiar atau usaha. Tanpanya permohonan itu hanyalah impian yang tidak akan membuahkan hasil.

 Rujukan : GEN Q ISU # 3 HALAMAN 3



0 comments:

Post a Comment